Friday, June 28, 2013

Trip ke Trans Studio, Bandung, Indonesia

Trip ke Trans Studio, Bandung, INDONESIA







Logo & Map Trans Studio, Bandung







Ini merupakan pintu masuk sebelum memasuki studio Trans Studio. Actually kena beli kad masuk kat bawah dulu then baru akan naik and masuk kat sini. So entrance pun dah agak gah kan. Mana- mana nak masuk tanpa kad mmg xdapatla sebab ni ja entrance dia and dikawal rapi oleh pekerja meka yg sangat dedikasi hahakz.

Trans studio bandung theme park merupakan salah satu indoor theme park terbesar didunia.

Harga tiket Trans Studio Bandung ialah seperti berikut :

Isnin - Jumaat : Rp. 150.000, (RM 47)
Sabtu - Minggu : Rp. 200.000, (RM 64)

Kepada yang ingin akses VIP kena buat Tambahan Rp. 200.000. Kelebihan VIP akses ni korang akan beratur dilaluan VIP dan tidak bercampur dengan laluan biasa. So korang akan dapat pergi ke setiap permainan dengan cepat.

Tiket masuk Trans Studio menggunakan kad Mega Cash, harga kad adalah Rp. 10.000. Kad Mega Cash digunakan utk beli makanan or souvenir di studio sini sbb meka xguna transaksi wang hanya guna kad ni.





Game ni adalah game pertama aku main Jake and Beanstalk...Beratur agak panjang gak sbb game ni paling happening. Bahagian VIP nye barisan kosong sbb smua rasa xberbaloi kot nak bayar extra seMata nak dpt barisan Vip. Game ni kren yang naik n jatuh turun dgn laju tu. Anggaran dlm 13m kot. Tahla xsure. Kalu korang tgk gambar atas tu korang bole nampak tingginya kren tu. So kren ni ada 2 baris ja. Rasanya dalam 8 depan 8 belakang kot. Xsure sgt n xkira sbb dah xcited nak naik.

Rutin dia aku dh xingat sbb dah over excited melontarkan vokal dan mengucap hahahah..Memula dia akan naikkan paling tinggi then dia akan tunjuk video di mana gergasi tu tgh marah sbb org kacau tempat dia. Then dari situ la kren tu jatuh naik berkali kali dari tinggi ke level paling rendah. Memang sentap dan jantung memang nk tercabut ja rasanya. Dah abis main tu memang lega n best. Come on guys korang kena try.Mak aku umur 50 lebih pun join sekali. Tapi sapa2 ada sakit jantung mayb xpayahla huhuhu. Lontaran vokal punyer training memang mantap kat sini hahahah...selamat mencuba







Dunia khayalan dunia Impian .... Ni game kedua kami main. Tgk dari luar pun dah seram sbb di luar dah ada witch yang jaga laluan. Dah masuk keadaan memang suram n sunyi sepi untuk dapatkan mood seram kononya. Then baru jumpa train kecik. So kami pun naik,setiap tempat duduk tu utk dua orang. Adik n mak aku duduk sekali. So aku duduk sorang which is good for me so xperlu ada org histeria kat sblh aku. Tetiba ada satu group budak2 kecik datang dan sorang budak pompuan ni datang duduk sblh aku. Padahal byk g tempat duduk belakang and kawan dia siap panggil dia duduk belakang. Tp still nk duduk sebelah aku.

So bermulalah perjalanan tren tu. Actually xmenakutkan langsung masuk kat sini. Bagi aku la hahahah. Sbb smua scene dia predictable. Part org dtg nak sergah pun aku bole agak. Dalam ni korang akan lalu ambulans dan bilik mayat macam kat gambar atas tu. Ambulans tu ada tricky sikitla, korang lalu ja tetiba ada mayat akan terkeluar dan jatuh kuar. But still xmenakutkan bagi aku la hahahah..Dan mcm2 lagila dlm tu mcm kubur pun ada gak and gambar2 yang kononnya scary ada.

Ropernye budak kat sblh tu mmg tahap penakut level terttinggi hahahah.. Mulutnya dari mula asyik baca doa ja mulutnya terkumat kamit kat sblh aku. Patutla dia beriya duduk sblh aku. Tapi sbnrnya dari mula sampai abis dia xbukak mata pun heheheh...So kalu korang xda perasaan bole masuk sini utk melihat sendiri betapa tidak scary nya tempat ni. Yang penakot tahap gaban mayb xpayahla kang trauma lak.





The Lost City - Petualangan di Kota Hilang ini terbahagi kepada empat iaitu JELAJAH (air)
KONG CLIMB, SKYPIRATES 'ZEPPELIN dan AMPHITHEATER.

Jelajah ni perjalanan mengharungi ala rimba Afrika dan keseronokan jatuh dari air terjun setinggi 13 meter.Kong Climb pulak Memanjat tebing yang ketinggian lebih dari 15 meter. Kong climb ala2 wall climbing.Skypirates Ialah korang akan menaiki kapal pirates & Akan dapat melihat semua temapat dari lintasan di atas itu.Amphiteather berfokuskan kepada pertunjukan kelas dunia dengan parade artis internasional dan tempatan. Keadaan teater dengarnya sangat hebat dengan penggunaan effek yang sangat gempak katanya.



Kitaorang just main Jelajah. Ini pun sangat thrill dengan berada atas air then naik ke puncak tinggi air terjun dan terjun dengan lajunya...ala2 Indiana Jones pun ada gak hahaha...Sangat best n thrill cuma xbestnya kena tempias air and basah sikitla..but seriously must try this ... Oh lupa sblm naik tu mereka pesan nanti ada pic snap bila terjun dari puncak air terjun so meka xnk kita tutup mata sbb meka nak jual gambar tu. So tu la hasilnya gambar tu.



Band Ungu



Wah napain ada gambar gue punya favorite band UNGU di sini..Sayang, maafkan...kita harus putus...wah itulah lagu terbaru dari Ungu. Actually time kitaorg datangtu meka tgh rehearsal utk anniversary Trans Studio utk esoknya. Apa lagi aku terus berlari ke depan stage nak tgk lebih dekat hahahha..So bertuah gak dpt tgk dia perform and buat sound check walaupun rehearsal ja. Seriously suara mmg mantap and lemak berkrim si Pasha ni. Tapi mlm tu meka nyanyi lagu Hampa Hatiku.. Ala lagu dia "pernah kah kau merasa hatimu hampa, pernah ka kau merasa hatimu kosong" . lagu ni dia featuring ngan Lis Dahlia. Si Lis ni xda so part dia ada video screen kuar. Mmg high tech n cantik stage diorg.



No comments:

Post a Comment