Wednesday, June 26, 2013

Dapur Sangkuriang

Dapur Sangkuriang

Assalamualaikum semua.... apa khabar. 7 hari 7 malam Amie tinggalkan dapur..... dan akhirnya Amie kembali semula ke dapur. Marilah duduk2 sembang sambil minum petang di dapur Amie,   sambil2 tu dengar Amie berceloteh...............Perjalanan seawal pukul 2.00 petang bersamaan hari Sabtu, 12 Mac 2011 dari Lahad Datu ke Airport Tawau. Kami terbang dari Tawau ke LCCT pada pukul 7.00 malam dan lepak & makan di McDonald menunggu penerbangan seterusnya keesokkan hari. Penerbangan dari KL ke Jakarta seawal pukul 7.00 pagi pada hari Ahad, 13 mac 2011. Sampai ke Lapangan Terbang Soekarno - Hatta, sebenarnya perut mula berkeroncong minta diisi walaupun sebenarnya sudah bersarapan pagi di Taste 0f Asia tapi faham2 sajalah, isi perut pukul 5.00 pagi..... Bagaimanapun, bas Pariwisata yang membawa kami dari airport tidak berhenti sehinggalah hampir tiga jam kemudian, kami sampai di Bandung dan terus dibawa ke ke Restoran Sangkuriang. Di situ kami melalui pengalaman pertama makan sambil duduk bersila di pondok @ wakaf yang diperbuat daripada buluh dengan dinding anyaman yang sangat indah dan halus buatannya.



Menurut Pak Dedi, pemandu pelancung kami, maksud vilujeng sumping ialah selamat datang dalam bahasa Jawa Sunda.


Inilah salah satu pondok@wakaf yang kami pilih untuk mengisi perut yang sangat berkeroncong.



Pondok@wakaf dikelilingi oleh pelbagai jenis tumpuhan tropika dan kolam ikan.



Hidangan yang disediakan panas-panas belaka dan lihatlah ikan bakar di atas tu... masih berasap. Hidangan ini dinakan  Gurame Bakar... dalam bahasa kita gurame itu kaloi.... mak oiiii.... kami dah makan ikan kaloi... emak si Bawang merah, ikan yang biasanya dipelihara sebagai ikan hiasan. Rupa-rupanya ikan kaloi itu mereka tangkap hidup2 dari kolam di depanpondok@wakaf tempat kami makan...


Ulam-ulaman segar turut disediakan dengan sambal belacan (di sini dipanggil sambal ulek). Ulam yang terhidang termasuklah daun salad, daun selom, terung, timun dan ada sejenis lagi... Amie lupa nak tanya..


Tidak ketinggalan turut dihidangkan tempe goreng dan tahu goreng. Rasanya sangat berbeza dengan ditempat kita. Kami minta sehidangan lagi sebab rasa tak puas makan....



Ini Ikan Gurame Masak Masam Manis. Sangat unik cara hidangannya sebab semua isi ikan di potong dan disalut tepung sementara dari bahagian kepala, tulang hingga ekor digoreng berasingan. Apabila dihidangkan, diletakkan di bahagian bawahnya gorengan kepala sampai ke ekor dan di atasnya diletakkan kepingan fillet ikan dan disiram sos.



Ini Ayam Gampung goreng. Ayam di sini kecil-kecil dan sepanjang perjalanan selama 6 hari tak pernah kami temui ayam daging (orang sini sebut ayam negeri). Sambalnya sangat sedap.


Kami juga pesan sayur kangkung. Kangkung ini dimasak tumis dengan daging lembu.


Nasinya juga sangat berbeza dengan yang selalu kita makan. Selain bekasnya yang menarik rasanya juga tidak sama sebab lebih lembut dan seakan nasi pulut. Menurut Pak Dedi, beras yang digunakan ialah beras dari Cianjur, iaitu jenis beras pandan wangi, tidak diproses dengan mesin sebaliknya diproses cara tradisional dan ada kaitannya 'seri dewi'.....


Bismillah... kami pun menikmati hidangan tengahari.... habis licin semuanya. Entah sebab sedap entah sebab lapar. Apa pun kedua2nya faktor itu saling berkaitan.... dan ada lauk lain lupa Amie nak ambil gambar iaitu tomyam , memang sedap! Jus yang dihidangkan termasuklah jus wortel (lobak), jus alpukat (avocado), jus tembikai (semangka), jus mangga dan entah apa lagi..... selepas makan kami shopping di Pasar Baru hingga petang.


Peta: SPBU Martanegara Asri - Dapur Sangkuriang

Sumber: http://salamisimon1.blogspot.com

No comments:

Post a Comment